Let’s Explore Thailand – Bangkok Trip (Part 1)

Assalamualaikum….haiii….

Tak sampai 2 minggu lepas balik dari trip ke Tioman….

Kali ini saya menjelajah ke Thailand….Ini adalah pertama kali saja jejak kaki ke Thailand. First trip saya ke oversea dgn hubby!!!

Percutian kali ini ke Bangkok dengan menaiki 🚆. Kami pilih percutian pd hari bekerja sbb tak sanggup nk beratur panjang kt immigration di Padang Besar.

Kebetulan saya balik kampung sempena cuti umum Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong dan Awal Muharam pada 8-11hb Sept 2018. So, saya pilih untuk travel ke Thailand pada 11hb Sept 2018.

Perjalanan bermula dari stesen keretapi Gurun – Padang Besar. Naik komuter saja sbb murah. Hehehe….Kos cuma RM7.90 sahaja. Tiket hubby plak cuma RM4.00 sbb special rate utk warga emas.

Buktinya train mmg kosong sbb hari last public holiday. Perjalanan cuma ambik masa 45 minit saja. Sampai saja stesen Padang Besar, korang ada 3 options nk ke Bangkok :-

1. Naik train direct dari Padang Besar ke Bangkok (kena tunggu trip pukul 6 ptg);

2. Naik train ke Hatyai (train cuma ada pukul 9.55 pg atau 3.00 ptg) dan seterusnya ambik train dari Hatyai ke Bangkok; atau

3. Naik van ke Hatyai Dan seterusnya ambik train dari Hatyai ke Bangkok. (Caj van dari Padang Besar ke Hatyai RM20 + RM1 utk selit dalam passport kt Immigration Thailand)

Saya ambik pilihan ke-3 sebab smpai di Padang Besar dah 12.00pm. Mmg keluar lewat dari rumah sbb pagi tu baru packing barang2. Last minutes packing sbb malam tu myself bz bebenor siapkan kerja ofis sblum start travel.

Kalau korang pilih naik van, driver van akan bg korang form utk isi. Form arrival and departure. Slip depature korang kena simpan dan jgn hilangkan.

Bila travel hujung2 public holiday, kami cuma ambik masa 5-10 minit saja utk clear urusan dgn cop passport kt immigration Malaysia n Thailand.

Naik van siam ke Hatyai cuma ambik masa sejam. Selesa saja naik van, tak la scary mcm yg org lain dok story. Van pun selesa.

By the way, kita org tak sempat tukar duit lg…so driver van ni bwk kami ke money changer di Hatyai (RM1 = 7.91 Bhatt) dan hntr kami smpai stesen keretapi Hatyai.

Kami pilih train rapid no. 172 ke Bangkok pukul 3.39pm. Train ni actually dari Golok. Kami pilih 1st class ticket (lower n upper bed). Kos train utk 2 orang dari Hatyai ke Bangkok = 1580 Bhatt (lebih kurang RM200).

Masa kami beli tiket train baru pukul 1.00pm. So, sempat merayap kawasan sekitar berdekatan dgn stesen keretapi. Kami sempat ke Robinson Mall berdekatan dgn train station.

Kat Robinson kami beli stock makanan utk dinner and cari traveler simcard. Cuma beli biskut and donut utk dinner atas train. Perjalanan Naik train ambik masa almost 17 jam atas train. Pandai2 la cari bekal makanan. Kt Robinson juga kami beli pack traveler simcard sbb kami tak buat roaming. Usually if travel skjap mmg tak buat roaming. Malas nnt org dok telefon tanya bab kerja. Hehehe…. Utk traveler simcard cuma 148 Bhatt (RM18) sahaja utk 1 simcard. Valid utk seminggu dan unlimited data. Internet data tu yg penting bila travel ni. So beli siap2 simcard, tak la boring dalam train ni.

Sementara tunggu train, sempat la lepak lunch kt stesen Hatyai. Ada halal burger kat situ. Beli burger chicken and beef, harga 140 Bhatt utk both burger. Lepak minum iced tea segelas 35 Bhatt.

Train supposedly pukul 3.39 pm tp delay. Train ni smpai stesen Hatyai 4.50 pm, time ni dia org baru add on 1st class gerabak. Plus minus pukul 5.30pm baru train bergerak dari Hatyai. Masa tgh tunggu train ni, ada org drug addict ganggu minta duit kt semua org kt situ. Boleh pulak org tu gi cubit sorg perempuan cina sbb tak layan dia. Luckily, security kt situ tahan dia lepas mangsa buat aduan.

Train dari Hatyai korang tak bleh percaya sgt timing masa and nombor platform yg tertera. Kena dgr pengumuman btul2. Pengumuman pun English tak brapa nk jelas and faham sgt pronounciation, 3-4 kali juga berlari pergi tanya kt kaunter. Platform 5 bertukar ke platform 3. Letih berlari tnya info saja sbb tak ada display screen kt platform.

Yang pasti lega sgt bila dah naik train.

Siang jadibseat utk duduk, dalam pukul 7mlm dia org akan transform jd bed. Selimut dan bantal disediakan dalam train. Mmg sejuk sgt dalam train. If tido upper bed lg sejuk.

Kalau guna toilet dalam train,make sure tak payah la bawak fon nk termenung lama dalam toilet. Sbb hasil buangan korang direct jatuh atas landasan. Jatuh fon dlm lubang tu mmg menangis woiiiii. Sinki and cermin ada kt luar toilet utk brush your teeth and cuci muka pagi tu. Train smpai Bangkok dalam pukul 10.30pg esoknya…..

By the way make sure alert dgn perbezaan masa antara Malaysia and Thailand. Malaysia cepat sejam dari Thailand.

Habis part 1, nnt saya sambung next story bila sampai Bangkok.

Advertisements