Short Vacation – Tioman Island

Hollaaa….. Assalamualaikum….

Kali ni short story pasal percutian ke Tioman Island with my friend. Pergi berdua saja. Niat asal utk ambik diving course, tp disebabkan baru keluar wad and tahap kesihatan tak okay lagi. So, saya tak proceed dgn diving course. Just teman saja la my friend ambik course. Actually course nie dh booking dari bulan April 2018. So consider burned la RM60++. Nasib baik la tak byk sgt burned.

Trip dari KL (TBS) ke Mersing naik bas Transnational jer, harga RM33.30 sehala. Disebabkan cuti bersambung dgn hari merdeka masa balik. Tiket mmg beli awal2 return trip.

Bas dari TBS pukul 11.45 pm dan smpai Mersing pukul 5.30 pagi. Dari stesen bas mersing boleh jer naik taxi sapu ke Jetty Mersing. Distance tak sampai 1km pun, tp they charge RM10.

Stesen bas Mersing mmg selamat jer nak lepak tunggu cerah. Tp masalahnya toilet and surau berkunci pulak. 7pg baru buka.

So, we decided jalan kaki je pergi Jetty Mersing. Ikut Google Maps…15-20 minutes juga la jalan.

Solat dkt surau dkt Jetty Mersing and lepak smpai 7am. Ramai jer menunggu kaunter ticket buka. Ticket RM70 return dari Mersing sampai ABC Jetty.

If dari Jetty Mersing, ada 2 trip ke Tioman Island. Masa sy pergi trip paling awal 9.00 am. Satu lg trip tghari. Timing trip ferry berbeza, so kena check schedule ferry online.

Perjalanan ambik masa 2 jam dari Jetty Mersing ke ABC. Trip kali ni kt island 5 hari 4 malam. Stay di Bamboo Hill dgn rate RM130 semlm. Smpai Jetty jer dh ada transport menunggu utk hntar ke chalet. Naik motor roda 3 jer.

Chalet Bamboo Hill kt hujung skali. Kali ni ambik chalet no 5 sbb chalet kt bawah penuh. Tak la tinggi sgt nk menapak naik. View cantik jer. Tido malam sedap jer dgr bunyi ombak.

Percutian 5 hari 4 malam rasa kjap sgt. Very relaxing place. Tenang jer rasa kt sini. Owner chalet yang sgt friendly and baik hati. Korang boleh guna snorkle set percuma saja. Cuma ikan mmg tak ada sangat tepi pantai compare mcm kt Pulau Redang.

End of our trip at Tioman Island!!!

Advertisements