Hotel Sfera, Manjung, Perak

Trip kali ni sambil menyelam minum air…..bekerja sambil bercuti……saya stay di hotel yang telah siap ditempah. Bawa badan utk check in saja.

1st time stay di Hotel Sfera, Manjung. Hotel terletak berdekatan dengan AEON Seri Manjung. Hotel yang selesa dan lengkap dengan kemudahan kolam renang dan gym. Kolam renang beroperasi sehingga 8.00 mlm dan gym sehingga 10.00 mlm. Kolam renang well maintained and bersih. Kemudahan gym pun sgt puas hati.

Rate harga bilik utk standard RM234.00 dan utk deluxe RM280.00. Breakfast included. Hotel yang selesa utk next stay coz byk tmpt mkn berdekatan dengan kawasan hotel dan bersebelahan dengan pasaraya TF Mart. Hotel yang okay utk saya coz saya spesis malas nk keluar merayap jauh2 cari tempat makan time dinner.

 

Advertisements