The Hague, Amsterdam

Masih lg berkisah pasal sy di The Hague. Bagi yg bercuti ke sini, makanan halal sgt mudah didapati. Banyak kedai2 yg menjual kebab boleh didapati di The Hague, Amsterdam. Banyak juga makanan Indonesia boleh didapati di sini sebab agak ramai orang Indonesia yang menetap di sini. Kalau nk makan makanan Indonesia, cuma kena lebih berhati-hati coz tak semuanya halal. Ada juga yg menghidangkan b*b* coz sebahagian org Indonesia yg menetap di sini bukan muslim. Mi segera yg dijual di pasaraya pun ada yg perisa b*b*.

Ada juga nasi briyani dan kari ayam yg halal boleh dicari di sekitar The Hague. Harga antara €10 ke €15 iaitu lebih kurang RM50 utk satu hidangan dengan portion yg agak byk. Boleh la mengubat kerinduan korang klu meroyan nk makan nasi.

Kalau rajin nk memasak, boleh juga dapatkan stok makanan di China Town yg berhampiran. Korang nk cari petai pun bleh jmpa kt situ. So far, selama 3 minggu sy di sini mmg sy tak masak pun walaupun sy bwk rice cooker. Tak rajin nk memasak sbb kedai makanan halal berhampiran hotel yg sy duduk yg cuma ambil masa 5 – 10 minit saja jln kaki.

This slideshow requires JavaScript.

Sekali skala bila ada masa terluang. Pergi juga merayap pantai yg ada berhampiran dengan menaki tram dengan harga €3 kalau tak silap saya. Harga tram actually boleh dpt lebih murah kalau guna kad mcm touch n go. Kad utk kegunaan tram boleh dibeli kt main station keretapi di The Hague.

Sy suka pantai di sini sebab air sejuk mcm air dlm peti ais. Owhhh….masa sy pergi ni time summer. Dh lepas musim bunga tulip masa ni. Masa hari khamis dan hujung minggu saja kami merayap coz hari lain, pukul 5ptg lps hbs program kebanyakkan kedai2 dan mall dh pun ditutup.

Advertisements